Friday, October 30, 2009

Kelisa Ku Dalam Kenangan.............

Sebenarnya perkara ni dah 2 minggu pun berlalu, tapi ialah kesibukan melanda so tanguh2 nak cerita maka hari ni berpeluang membuka entry khas berkenaan benda yang banyak berjasa pada aku dan kuarga ku...Kater orang hidup perlukan pengorbanan dan atas dasar mementingkan keselesaan anak2 dan mak bapak aku maka kami terpaksa mengorbankan kereta kesayangan aku ni...hampir 6 tahun berkhidmat dengan kami, x pernah beri kesusahan pun malah sanggup plak meredah payah bawa kami pegi balik keje maser berulang dulu...sedih wooo kereta ni kalau aku berhengget memang aku x jual punyer..tapi sebab x berhengget benor terpaksa la buat pengorbanan...sayang seribu kali sayang, itu yang terpaksa dilepaskan....harapan aku agar siapa yang dapat keter ni jaga bebaik macam mana kami jaga dia...ish...ish..
Dan kami sekarang raser bersyukur sebab akhirnya impian kami memiliki mini mpv tercapai jua....

Thursday, October 29, 2009

Rindu Yang Membara....

Aduhai rindunyer...nak dekat seminggu anak2 duduk dgn mil...rindu tak terkira, kesunyian melanda dan jiwa merana...sebelum tido cium bantal anak2 masih berbau mereka, sedihnyer setiap hari pasti ader air mata yg tumpah...aduhai lemahnyer jiwa ku....
Ini semua pengorbanan, bukan untuk lepas tanggungjawab tapi terpaksa anak tak bahagia duduk di taska, makan x cukup dan x raser seronok pegi taska....kalau aku sendiri pun x berkenan dengan budak tomboy yg jadi penyelia taska tu apatah lagi anak aku musti ketakutan yang amat...
Actually aku dah daftarkan budak2 ni di Taska Kemas tapi x boleh start lagi kener tunggu tahun depan coz Anis x lepas 2 tahun lagi...so terpaksa minta bantuan mil bela diorang sampai hujung disember ni...Kengkawan ader info berkenan dengan PERMATA Negara x? Aku intrested nak masukkan bebudak kat situ coz macam bagus je untuk perkembangan minda kanak2...sesiapa ada info pliz kongsikan k....

Tuesday, October 20, 2009

Tension.......

Tension betulla hari ni, dah la malam tadi macam nak pecah kapla memikir anak plak buat ragam...hari ni pi mengantar bebudak tu kat taska tegurla penyelia pasal pempers budak2 ni, ye la bayar mahal2 amik budak kemaluan memasing dah naik ruam sampai pedih kena air...nampak sangat x tukar pempers kerap2, bukan nak suruh abiskan pempers yg kiter bagi tu tapi tengokla keperluan kalau perlu sampai terboyot2 bebudak tu bawak pempers penuh kencing melampaula kan...tegur sikit terus melenting pastu sound direct kat pengasuh tu depan kita..kot ye pun nak tunjuk sangat amik tindakan x perlula sound depan kita malu budak tu nanti anak aku jg la jadi mangsa...
Itu baru kes pagi tadi, ni kes semalam aku baik punyer planning berbulan dah nak bercuti siap dah lulus cuti dah khamis, jumaat ni tetiba arah pegi bengkel jumaat sampai ahad ni....padahal aku lulus dah cuti..ish tolongla bukan berkira tentang kerja tapi majikan pun kener prihatin kebajikan pekerja, lagi pun aku kuli je kat sini yg layak menerima RM500 tahun nikan... Kalau nak berkira tentang aper yang diberi tolongla aku juga banyak menyumbang, aku sanggup cover keje org lain nak bagi org duduk rileks ..semua bender aku buatkan...jujur cakapla kalau aku xder plan dgn family sure aku pegi walaupun x sempat melepaskan rindu kat En.Hubby...
Lagi satu bengkel perancangan ni semua bukan line aku ini level pegawai ke atas je balik nanti panjangkan kat staff dan laksanakanla..x dapat nak bayangkan kalau pegi level macam aku di hayam-hayam kan....begang....

Monday, October 19, 2009

Raya@Office.gov

Alhamdulillah...Jumaat lepas selesai majlis sambutan hari raya kat ofis...macam biaser-biaserla bila sebut jamuan rayer memacam menu disediakan naik rambang mater ni...Yang penting menu utama nasi tomato pastu tiap2 unit sumbangla pelbagai menu jadinyer kepelbagaian menu pun berlaku...

Tapi bila dah banyak sangat makanan ni jadi macam sebu plak perut ni..makan pun cubit2 je bagi raser itupun raser macam kenyang sangat dah...Untuk tahun ni urusetia siap buat pertandingan memacamla baju glamer la, cabutan betuahla, karaoke la dan yang paling pasti tiada satu pun yang disebut dia atas yang mana pemenangnya adalah aku....sedihkan....Namer pun rayer nak suker2 je..k la x banyak gambar nak kongsikan...layanzzzzzzzz


Tuesday, October 6, 2009

Ibu Tinggal.....

Baru je nak suai2kan diri di kuarters ni, dah kener tinggal laki plak...Maka terpaksala aku menjadi ibu tinggal kepada kedua2 anak aku ni...bukan ibu tunggal kay, ibu tinggal coz En.Hubby pegi kursus sebulan..ambik padan muker aku..elok2 kawan tu keje private complain surut joins gomens kan dah kener induksi pelbagai...So pengalaman menjadi ibu tinggal pada hari pertama di Putrajaya adalah sangat meletihkan kerana kerenah anak2...
Almaklumlah anak2 baru 1st time hantor Taska dah masuk hari kedua menangis2 x mau pegi...kenapa ek! Ini yang menjadi keletihan aku, Zharfan siap sound awal2 x mau pegi sekolah...sampai terus melalak due2 plak tu...hati ibu maner x sedih..tapi nak buat camaner aku kener kejer ikut hati memang raser nak tuang je....Hari ahad baru ni mil datang jenguk cucu, before balik tidokan Zharfan dalam buai last Zharfan sedar balik jam 3 pagi tanyer nenek...aku cakap nenek dah balik...muker dier berubah then satu ayat dier buat aku sebak 'ibu jangan tinggalkan abang ye...' pilu nyer hati...tapi nak buat camner hidup perlu pengorbanan
Berat kepala ni, setiap hari mengantar musti meroyan....
Biaser ke perkara ni berlaku di Taska ek....