Tuesday, June 30, 2009

Citer-citer Hari Sabtu....

Ha...barulah best sikit nak story, bukan aper rasernye kalau citer je xder gambar macam makan nasi xder kuah...wah! Pandainyer aku berbahsa..as yang dimaklumkan sabtu hari tu fuul day kitorang lepak di Putrajaya nak tau nape? Coz pagi aku kener menghousekeepingkan ofis petang lak kena join hari kuarga ofis ni kat Alamanda, ala kat tempat main bowling tu.
Bagi aktiviti pagi ni kitorang kena bawa bekal sendiri2 dan kongsila makan kira macam gi scoolah kecik2 dulu la, kau bawa cikit aku bawa cikit kita makan sesamer kan...tapi kejenyer xderla berapa kuar peluh benor just kuar fail2 lamer pindah masuk bilik fail lain, yang menariknyer bekalan yang dibawak tu ngalahkan orang gi noreh banyaknyer.....ni la gambar yang sempat snap hari tu....

Seperti yang dijanjikan bertempat di Alamanda, Putrajaya jam 3 pm berlangsung pulak pertandingan bowling antara Bahagian kami dan kuargala kira macam mengeratkan antara kami la...untuk makluman kengkawan aku ni walau dah duduk cini hampir 2 tahun pun x berapa kenal budak2 baru ni sebab diorang ni mejoriti sambilan pastu kuar masuk orang barukan...tak sempat nak lancar namer pun...salah aku ke...aper yang best sangat kali nikan coz aku dapat kuar berdua je dengan En.Hubby dengan tenang nyer...(syokla sesekalikan)... Jom layan gambar yang sempat di snap maser hari tu.....


Gayer je lebihhhhhh.............

Oh sebelum luper tema baju nyer merah yer tu pasal semua pemain berbaju merah je.....

Monday, June 29, 2009

Xde Citer

Ingatkan hari ni nak citer pasal hari Sabtu punyer aktiviti, kemera tinggal x leh nak upload so esok jela citer...Hari kira x berapa ader citer la coz xder bahan nak tunjukkan...

Friday, June 26, 2009

Jumaat Datang Lagi.....

Biaser nyer hari jumaat nila hari yang ditunggu-tunggu...tapi bukan kali ni...kenapa sebab esok kena datang ofis lagi. Time cuti gini la nak buat 'housekeeping day' dahla letih berulang x ilang lagi...nak mai lagi sok....adussss..
Besok bersamaan dengan housekeeping day ofis ni sebelah pagi, dibuat pulak family day belah petang kat Alamanda bukan aper main bowling plak....Cian budak2 dua orang tu kena tinggal lagi dan yang paling kecian nenek depa la ingat hari sabtu la nak pi belajar ngaji dah menantu nak tinggai anak kena jaga cucu.... buat ibu mertua ku 'mak maafkan Alin ye terpaksa bo'ong sunat yang kena OT sampai petang coz petang takkan nak cakap nak pi main bowling sedangkan mak terpaksa tunda nak pi ngaji...ish..ish..' kejam menantu camnikan....! Nak buat camner xkan takkan nak angkut anak dari pagi sampai petang kat cini...x jadi keje aku...
Untuk teman SeMenTek Jua yang nak pegi Mesyuarat Pelancaran Kelab Alumni di SMTJ selamat bermesyuarat semoga banyak aktiviti yang dirancang untuk kita semua...

Thursday, June 25, 2009

Follower Baru.....!!!

Wah..bukak2 blog '2' wajah seperti kukenal saja di follower ku..terkedu seketika (malu sebenarnyer) maklum la depa berdua ni senior blogger...apela sangat blog 'akak' nikan..terima kasih la Cik Zulie dan Cik Sob kerana menjadi follower di blog ni...sebenarnya nak bagi penghargaan kat korang ni sebab 'akak' ni selalu curik tengok blog korang.. akibat nyer tercetusla blog ini...
Cik Sob mekasih la coz bagi tip untuk dapatkan gadget2 yang kita berkenan kat blog orang untuk bawa ke blog kita sendiri...nanti aku practicekan..kalau x jadi jangan segan2 angkat phone bila aku contact yo...

Wednesday, June 24, 2009

KEMALANGAN

Peghh..bunyi tajuk memang tak boleh bla....Alkisahnya macam ni on the way kitorang nak balik S'ban semalam, actually dah sampai S'ban pun dan sedang kami ni menghayati traficc bandar S'ban yang sompuit-sompuit tu tetiba.....DUMPHHHH...tokujut Acik tengok depan keta ada dua kujur (betul ke penjodoh bilangan ni) tubuh menyiarap di tar tgh jln tu, yang mana sipembonceng dihempap dengan motor dan pemandunya tercampak disebelah sisi motor tu sambil tayar motor tu berada betul2 bawah bonet depan keta Acik...Lantas soalan yang terpancul dengan wajah yang tiada darah "Abg langgar dia ke????" Encik Hubby kata takla tapi nasib baik En.Hubby sempat brek kalau tak memang kena budak tu dah...
Dalam situasi yang agak terkemama tu, tindakan En.Hubby yang tak boleh bla tu dia boleh reverse keta belok kiri terus jalan maka insident itu kami tinggalkan untuk orang lain buat pahala. Bukan aper nak tolong ramai dah orang tolong, lagi pun bukan kami langgar kami pun nak kena ligan balik nak amik anak lagikan...So kepada insan yang terlibat dalam kemalangan semalam kami mohon maaf kerana tidak menghulurkan bantuan dan kami doakan anda berdua kembali sihat.....insya'Allah
Alhamdulillah keta kami tak aper-aper, dahla hujung bulan ni...........

Monday, June 22, 2009

Housewarming Putrajaya

Sebenarnyer takder gambar yang proper menggambarkan betapa meriahnya majlis 'menyejukkan rumah' Eliz di Putrajaya...well insiden tidak bergambar ini yang patut disalahkan adalah 'akak'la coz akak sibuk dengan anak dan berborak dengan teman2 sePoli's sampai tak perasan tak snap gambar pun ...nasib baik ada ehsan dari En.Hubby mengambil gambar rumah orang pun jadilah...
Tapi syokkan bila kita berjumpa dan bergosip bersama-sama...untuk teman-teman 'akak' Eliz, June dan Nani, tak reti2 datangla pulak rumah 'akak'....cumer ada satu yang tak minat dekat umah ni laman nyer t'lalu mesra dengan jiran sebelah...tapi okla untuk u'ol berstating memiliki umah sendiri.....

Cuti Yang CERIA

Cuti-cuti hujung minggu ni la masanya men 'qadaq' masa dengan anak-anak...kesian diorang dari isnin sampai jumaat asikla mengadap nenek dengan atuk sampai naik 'cemuih'. Jadinya kami ibubapa contoh ni luangkanla masa sabtu lepas melayan bebudak tu mainkan...seronok jugakla melihat perkembangan anak-anak depan mata, macam tak percaya diorang dah besar dan pandai main sendiri....
Dalam seronok-seronok main ade juga insiden yang tak diingini terjadi...Zharfan jatuh berdarah kaki dia tapi dia ni kuat semangatnyer sanggup tertengkot2 nak main punya pasal...tempat permainan tu pun satu, ada ka punca tanahnyer ditar, span la sikit baru la proper keselamatan anak-anak....nak buat macam mana benda nak jadi... terima jela

Semangat Anis naik keter goyang tu....

Semoga kemesraan ni sehingga akhir hayat.......

Friday, June 19, 2009

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalamdiri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunyatidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orangseperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hattasecara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelakorang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakitjantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana iamemiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiadaduit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allahlebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abidtetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaatpada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puasdengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapabanyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai ataudigunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum bolehdikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezekiitu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan..
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatahlagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bilahadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau kejabertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidaktenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahirmahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untukdipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akanmenambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allahmarah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bilasudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawalhati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doaanak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana duniaitu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadiletakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itusenang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnyadisebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samadabermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderitatetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia juaakhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu samalain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Thursday, June 18, 2009

SubhanAllah

Lihat la insan cukup indah dan tenangnye ciptaan Allah....Betapa kerdilnyer kita di bumi kerana senantiasa mendambarkan keindahan ciptaan Nya....

Cintai la apa yang kita miliki sementara ada, syukuri nikmatNya sementara berkesempatan.....


Assalammualaikum........

Wednesday, June 17, 2009

Bil...Oh...Bil

Poning2 kepalo den...belum abis terkezut dengan bil letrik yang mencecah menghampiri RM80 hengget sampai la pulak bil air...Kali ni bertambah la sangat terkezutnyer, ye la biasenye bil air kitorang xderla sampai RM10 hengget pun...Hubby aku siap pesan jangan terkezut lagi sebelum dia bagi tau jumlah bil pada bulan ini ADALAH RM56 hengget...raser nak pocah dado den...
Amendelah hazabnyerkan dah guna bayor je la...masalahnyer guna memang guna tapitakde la sampai banyak tu banyak bezanyer tu cik oi...RM56 henggit bil ayor acik 10 bulan kurang2 pun.... panaz betul dibuatnyer dah la tak berapa duduk umah caj macam rumah buat kenduri kawinlak...Almasalahnyer JBA hanya akan mengurangkan caj sekiranya terdapat kebocoran pada kali pertama di paip kita...dengor tu BOCOR..alsekiranyer alasan macam aku high presure air tinggi tapi air nyer kecik je (maksud kater angin) permohonan anda untuk menimbangkan dan mengurangkan bayaran adalah tidak akan dilayan....ADIL ke ????? agaknyer kerajaan negeri xder duit sampai caj angin dalam bil aku....apepun aku bukan kerabat negerikan untuk dikasian dan diprihatinkan masalah aku....nak tak nak BAYOR je la kalau degil nanti tak mandi pulakkan...............Inilah Kerajaan Prihatin, Kualiti diutamakan, Rakyat didahulukan...alah kerajaan manapun samer jer duduk atas belum pasti nampak bawahkan..ish ISA jugak aku ni...

Tuesday, June 16, 2009

Hari Bapa

Wah.... pepehal kita letak gambar keknye dulu....bagi terliurken...semalam adela buat majlis makan2 sikit sempena Hari Bapa yang dah lepas...Alah bukan orang lain yang sponser pun 'Bapak' mertua juga..kelakorkan dia yang diraikan dia yang sponser KFC

Apepun kitorang enjoy dapat makan KFC dan sebabkan last minit punyer perancangan tak sempat nak beli hadiah ke aperkan..just dalam kapla beli kek senang semua boleh makan... inila sikit gambar2 yang sempat snap semalam...layannnnnnnnnn


Monday, June 15, 2009

MOMOK

Percaya x wujudnyer momok dalam kehidupan kita, aku memulanyer tak berapa amik tau sangat mende ni sampai la satu ketika kitorang dimaklumkan dalam gambar yang kitorang snap tu adelah jin...Ini pun aku rujuk dengan teman ofis yang ala-ala masjid jugala orangnyakan.... 1st time aku tunjuk dia tak pasti amendenyer sebab aku musyikil juga ader pancaran putih bulat2 dalam picture2 aku snap..
Tetiba dia bagi tau itu adelah jin dan dia tau mende ni dari blog mazidul '360' tu...betulla tokojuit acik tau, mau tak seram sejuk dah la menatang tu dalam bilik acik...kalau korang tak jelas menatang yang aku sebut ni boleh tengok hasil yang kitorang snap malam tadi dalam bilik acikla... seremmmmm tengah sembahyang lagi tu...


amati menatang putih2 tu....seremmmmmm

Aktiviti Hujung Minggu

Seronoknyer bila tiba weekend ni bukan aper, time ni la nak kemas rumah dan time nila rumah dah bertukar menjadi kedai dobi....Orang kate kalau adela sedara datang nak tumpang cuci baju mau nyer tolak awal2...Iyela baju orang rumah ni kalau tak basuh 1 hari tau la baju budak je 2 bakul, belum kami2 yang dewasa ni kan...
Oleh sebab hari Sabtu kami telah membekukan diri di rumah so Ahad ke 'qadaq' la. Iyela kesian budak2 ni dah la hari biaser jejumpa ibu ayah dia malam je, so kitorang melapangkan maser menghiburkan anak-anak kami di Seremban Parade. Almaklumlah rumah xder mender mainan macam gitukan that's why la kena cari alternatif lain..yang penting main dalam air-cond, xder jerubu dan kulitpun tak hitam...mak pak sekarang ni berkira sungguh pasai peluh ni...:)
Adela sikit snap gambar untuk hias blog (la ni pi mana pun kena bawa kamera, nak masuk dalam blog.. KATAKU)

Model2 pun dah letih nak posing..memacam gayer dah kuar
Kasih ibu.....
Bestnyer main gelongsor....

Friday, June 12, 2009

Selamat Hari Bapa

Pagi Jumaat yang mulia ini aku ingin mulakan dengan penghargaan kepada insan-insan tersayang yang berstatus bapa terutamanya :-
*En.Azrul Nizam Bin Haji Zainordin Suami dan bapa kepada anak-anak aku dengan ucapan 'Semoga hubungan kasih sayang antara kita sekeluarga dapat kita kekalkan hingga hujung nyawa dan jadilah bapa yang terbaik untuk anak-anak kita'

*Tuan Haji Mat@Kamarulzaman Bin Kamis Wali dan abah aku yang amat kusayangi dengan ucapan "Semoga abah bahagia dalam meniti kehidupan bersama generasi abah yang ada ini dan dikurniakan kesihatan yang baik senantiasa...and you're rock daddy...luv mmmuuuahhhhhhh...."

*Tuan Haji Zainordin Bin Haji Bahari
Bapa mertuaku yang sporting dan sangat memanjakan cucu2nye dengan ucapan " Semoga abah dikurniakan kesabaran dan kesihatan yang baik berpanjanggan....insya'Allah"

*Bang Long, Bang Ai, Bang Ngah dan Bang Lang
Semoga menjadi bapa yang terbaik untuk anak-anak anda dan jangan nakal-nakal......

Selamat Hari Bapa....

p/s ; rasenye dalam keadaan cuace yang tak berapa nak elok ni 'jerubu' lebih baik celebrate kat umah je...jimat kos, kesihatan pun terjamin....:)

Thursday, June 11, 2009

Family Day

Hai..semalam aka 10hb Jun 2009, aku dan adik beradik berpicnic dekat PD kiranya macam family day kitoranglah. Yang tak turut serta Bang Long dan K.Linda coz diorang keje tak boleh cuti nanti kilang tutup...kateNye.. Apepun kemeriahannya memang terasa almaklumlah jejumpa adik beradikkan memang syok...tapi lebih syok kalau semua ada tapi takpelah lain kali rancang betul2 baru boleh kumpul adik beradik...
Biaserla bila planning tak bebetul ni macam-macamla janji pukul 10 pagi complete datang pukul 1.30 tgh hari bayangkanlah kitorang yang datang tepat masenye ni macam mana tensionnyekan.. anak-anak dari pada basah dah kering balik...so moral of this story sebarang janji yang dibuat oleh adik beradik aku kena lebihkan 2 jam barula kita kan sampai samer-samerkan... seperti yang dijanjikan layanla gambar2 ni.....

Syok juga dapat kumpul reramai ni
Zharfan la paling syok main dengan sepupu2nye

Anis dan Zharfan before dan di pantai

Anis yang sangat baik di PD
Aku, hubby dan anak-anak

Zharfan yang pandai berfoto

Actually ini gambar di Sua Rasa TV9 di Seremban

Sampai sini untuk hari ini buat ahli keluargaku semoga kita dapat berkumpul lagi di lain kali....Assalammualaikum....


Tuesday, June 9, 2009

Inilah mulanya....

Salam...saat indah dan bahagia rasenye best juga kalau kongsi sesamakan. Bukan aper tengok kengkawan berblog rase macam bestnye diorang berblog sakan seolah-olah bahagianye cerita hidup mereka....

Ok...Aku akan mulakan kisah ku dari seorang gadis biasa kepada mungkinla agak berjaya, pada aku kiranya dah belajar sungguh2 dapat keje yang setaraf dengan kelulusan kira ok what... yang penting mak pak aku bangga dapat anak macam aku dari kecik sampai besar tak menyusahkan....

Kiranya aku berblog ni just for fun dan kengkawan bolehla maklum aktiviti aku kan... Atas ni adalah gambar aku dan family aku...ni gambar percutian masa kitorang pegi Penang sebelum wabak selesema #@$% menyerangkan....Ok disebabkan ini post yang pertama aku tekde idea lagi k...

Besok aku ade family day kat PD so nanti aku update gambarlah.....