Friday, June 19, 2009

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalamdiri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunyatidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orangseperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hattasecara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelakorang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakitjantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana iamemiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiadaduit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allahlebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abidtetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaatpada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puasdengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapabanyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai ataudigunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum bolehdikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezekiitu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan..
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatahlagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bilahadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau kejabertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidaktenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahirmahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untukdipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akanmenambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allahmarah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bilasudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawalhati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doaanak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana duniaitu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadiletakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itusenang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnyadisebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samadabermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderitatetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia juaakhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu samalain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

No comments:

Post a Comment